CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5457|Reply: 0

[Selangor] Tangisan lima beradik ketika kebumi ibu meruntun hati

[Copy link]
Post time 10-9-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video lima anak Allahyarhamah yang menangis sambil berpelukan ketika arwah ibunya dikuburkan, semalam.

PETALING JAYA – Tangisan lima beranak yang menangisi pemergian arwah ibunya mendapat simpati orang ramai apabila video mereka berpelukan tular di laman TikTok.

Ia mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berkata, pihaknya akan sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarga Allahyarhamah Norizan Jantan yang ditemui selepas tiga hari meninggal dunia bersendirian di bilik sewanya.

“Berita mengenai kematian Allahyarham telah disalurkan kepada LZS oleh penaung kehormat unit khas van jenazah. Kami dapati, Allahyarham merupakan seorang penerima zakat daripada LZS semasa hidupnya.

“Arwah juga merupakan seorang ibu kepada lima orang anak yang masih bersekolah. Tangisan anak-anaknya meruntun jiwa kami saat mereka melihat arwah ibu dikuburkan di hadapan mereka.

Tambah LZS, Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat, Klang, petang semalam.

“Alhamdulillah, selama ini, bantuan zakat tidak pernah culas diagihkan kepada keluarga Allahyarhamah. Insya-Allah, bantuan bulanan mereka akan tetap diteruskan kepada anak-anaknya dan akan ditambah jika tidak mencukupi,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

“Terima kasih kepada semua yang sudi membantu keluarga tersebut. Sama-sama kita doakan agar arwah ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE

    @mrwancaiofficial3 HARI MENINGGAL DUNIA DALAM BILIK SEWA❗️ Ajalnya Tiba Tanpa Ahli Keluarga Di Sisi. Kematiannya Tragis Tiada Sesiapa Sedari. Begitulah Pengakhiran Buat Allahyarham Norizan Binti Jantan. Hidup Susah Di Bantu Oleh Lembaga Zakat Selangor. Tinggal Bersendirian Menyewa Bilik Di Bayu Perdana. Allahyarham Di Temukan Sudah Meninggal Dunia Dalam Bilik Sewanya. Arwah Di Percayai Sudah Meninggal Dunia Lebih Dari 3 Hari. Jenazahnya Kemudian Telah Di Hantar Pihak Polis Ke Forensik Hospital Shah Alam Bagi Tujuan Di Bxdah Siasat. Berita Kematian Ibu Kepada 5 Orang Anak Ini Telah Di Salurkan Pada Kami Oleh Penaung Kehormat Unit Khas Van Jenazah. YB Tuan Azmizam Zaman Huri Mahu Kami Yang Menguruskan Jenazah Arwah. Katanya, Arwah Adalah Penerima Bantuan Lembaga Zakat Selangor Semasa Hidupnya. Kami Menyatakan Kesediaan Untuk Mengurusan Jenazah Arwah. Bagi Kami Sesiapa Sahaja Boleh Menggunakan Khidmat UKVJ. Susah Atau Senang,Itu Perkara Nombor Dua. Yang Penting Urusan Jenazah Haruslah Di Segerakan. Lagi Pun Orang Kaya Atau Orang Miskin Semua Sama Sahaja. Sampai Masa Kita Akan Menghuni Alam Barzakh. Berbalik Kepada Cerita Asal. Jenazah Arwah Telah Di Tuntut Oleh 4 Petugas UKVJ HQ Setelah Proses Bxdah Siasat Selesai. Proses Mandi Dan Kafan Di Sempurnakan 3 Bilal Muslimah Di Bilik Wakaf Jannatul Firdaus. Jenazah Arwah,Alhamdulillah Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang Petang Tadi. Cuma Reaksi Anak² Arwah Menyentuh Hati. Kelihatan Jiwa Mereka Meronta,Hati Mereka Tersakiti????

    ♬ Haruman Terindah – ꧁ ????.????????????_???????????????????????????????? ꧂
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -ibu-meruntun-hati/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.039365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list