CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2824|Reply: 0

[Johor] Ingat sampai mati

[Copy link]
Post time 11-9-2023 10:05 AM | Show all posts |Read mode

STAF Sarjan Nazri mendukung Fatin Maisarah ketika membawa berjumpa doktor. FOTO Ihsan Noor Hasnawati Ali Hassan

Pontian: "Alhamdulillah, susulan video tular itu kami dapat berhubung dengan isteri Staf Sarjan Nazri untuk menyampaikan ucapan terima kasih arwah suami kepadanya selepas 10 bulan meninggal dunia," kata Noor Hasnawati Ali Hassan.

Noor Hasnawati, 39, adalah balu anggota tentera Sarjan Mohd Anis Mat Yaacob yang berkongsi video memaparkan anak mereka Fatin Maisarah,12, yang ketika itu berusia dua tahun memeluk erat Staf Sarjan Nazri.

Peristiwa 10 tahun lalu itu berlaku ketika Fatin mengalami demam panas dan dibawa mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di 2 Batalion Ubat, Kem Mahkota Kluang oleh Staf Sarjan Nazri dan beberapa anggota tentera lain.

Kini, suaminya meninggal dunia akibat kanser limfoma dan leukimia pada 9 November 2022 selepas hampir dua tahun menderita.

Berkongsi kisah itu, Noor Hasnawati berkata, Fatin Maisarah yang juga anak kedua terlalu merindui suaminya yang ketika itu dalam penugasan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 2013 sehingga mengalami demam.

Menurutnya, suami kemudian membuat laporan kebajikan kepada unitnya kerana ketika itu dia tidak boleh memandu sebelum pegawai atasan suami dikenali sebagai Staf Sarjan Nazri dan beberapa anggota tentera wanita datang ke rumah untuk membawa dia dan Fatin Maisarah mendapatkan rawatan.

"Kebetulan fizikal Staf Sarjan Nazri seperti bapanya membuatkan Fatin Maisarah yang masih kecil menganggap dia (Staf Sarjan Nazri) adalah ayahnya dan dia memeluk erat lelaki itu ketika mendapatkan rawatan seolah-olah melepaskan kerinduan.

"Staf Sarjan Nazri juga melayan Fatin Maisarah dengan baik dan tidak menolak terus mendukungnya. Saya merakam video itu untuk ditunjukkan kepada suami," katanya ketika dihubungi, semalam.


FATIN Maisarah (kiri). FOTO Ihsan Noor Hasnawati Ali Hassan

Katanya, kejadian membuatkan mereka terharu dan dia sempat berterima kasih kepada lelaki itu yang ketika itu hampir bersara serta anggota lain yang turut membantu.

"Itu kali pertama dan terakhir kami berjumpa, tetapi suami cakap Staf Sarjan Nazri memang baik dan suka merendah diri.

"Minggu terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas, dia mengimbau banyak kenangan termasuk kisah Fatin Maisarah dan Staf Sarjan Nazri. Suami tak sempat berterima kasih kepadanya kerana sibuk bertugas dan dipindahkan serta tak pernah berhubung selepas itu," katanya.

Noor Hasnawati berkata, dia berkongsi video itu di TikToknya supaya keluarga atau kenalan Staf Sarjan Nazri melihat video itu untuknya berhubung dengan mereka bagi menyampaikan penghargaan arwah suaminya.

"Tak sangka isteri lelaki itu menghubungi saya dan kami akan berjumpa, malah mereka juga tinggal di Pekan Nenas, Johor. Jadi dapatlah saya sampaikan ucapan terima kasih kepada orangnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0/ingat-sampai-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.064815 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list