CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 65 peratus penagih dadah adalah remaja, belia

[Copy link]
Post time 11-9-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Sebanyak 65 peratus penagih dadah yang menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah pengguna dadah sintetik terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, dapatan AADK juga mendapati pola penyalahgunaan dadah di Malaysia ketika ini sudah beralih kepada dadah jenis sintetik.

"Sebanyak 65 peratus daripada penagih dadah yang menjalani rawatan serta pemulihan di fasiliti AADK pada tahun lalu adalah individu yang menagih dadah jenis sintetik membabitkan golongan remaja dan belia.

"Lebih membimbangkan, pengambilan dadah jenis sintetik ini tidak lagi perlu di 'port' tertentu sebaliknya dilakukan di dalam rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari AADK Bersama Masyarakat 2023 di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahamd Belon dan Pengarah Pencegahan AADK Zainudin Abdullah.

Shamsul berkata, selain rupa bentuk dan pembungkusannya boleh menyerupai produk biasa, penghasilan dadah sintetik juga boleh dibuat di rumah.

Malah katanya, akses mendapatkan dadah sintetik adalah amat mudah dengan hanya membuat pesanan melalui platform dalam talian dan dihantar melalui khidmat penghantaran sama seperti produk lain.

"Disebabkan itu, kami berpandangan bahawa kawalan kendiri oleh institusi kekeluargaan dan masyarakat setempat amat diperlukan bagi menghadapi ancaman ini.

"Ketua keluarga perlu menjaga rumah masing-masing sebagaimana KDN (Kementerian Dalam Negeri) mengawal negara.

"Kami yakin langkah ini akan dapat menyekat permintaan sekali gus mengurangkan permintaan kepada bekalan dadah dan bahan terlarang di negara ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adalah-remaja-belia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.276965 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list