CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1597|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki didakwa bunuh 23 penghuni tahfiz kekal dilepaskan dan dibebaskan

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

MAHKAMAH Putrajaya.

Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini mengekalkan keputusan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun dilepas dan dibebaskan daripada 23 pertuduhan membunuh.

Dalam kejadian 14 September 2017 itu, seramai 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang terbakar.

Tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Abu Bakar Jais, yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun, memutuskan keputusan itu secara sebulat suara.

Panel hakim itu menolak rayuan pendakwaan selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan perayu kedua daripada semua pertuduhan membunuh.

Ketika membaca penghakimannya, Hakim Che Mohd Ruzima berkata, pihaknya sebulat suara tiada sebab mengubah keputusan hakim Mahkamah Tinggi untuk membebaskan perayu kedua.

"Rayuan pendakwa raya seharusnya ditolak, keputusan hakim Mahkamah Tinggi dikekalkan," katanya.

Ketika kejadian, tertuduh berusia 16 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati kerana adalah pesalah di bawah umur 18 tahun.

Pihak pendakwaan memanggil seramai 71 saksi, manakala enam saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Mei 2018.

Dalam kejadian menyayat hati pada 14 September 2017, seramai 23 mangsa terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang terbakar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 97(2) akta sama.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... skan-dan-dibebaskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.040375 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list