CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kerajaan bangunkan dasar larangan eksport REE

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport REE. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi (REE)  bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber sekali gus untuk menjamin pulangan yang maksimum buat negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemetaan terperinci sumber unsur nadir bumi dan model perniagaan menyeluruh yang menggabungkan industri huluan, pertengahan dan hiliran akan dibangunkan bagi mengekalkan rantaian nilai REE dalam negara.

Menurut beliau, Dasar Mineral Negara baharu akan dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.

“Kebijakan ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan,” kata Perdana Menteri ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, REE  akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baharu berasaskan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang mampan dan mesra alam.

“Unsur ini diperlukan dalam pembuatan bateri, super magnet dan alatan elektronik. Industri REE dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... rangan-eksport-ree/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.038176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list