CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2616|Reply: 0

[Kelantan] Bekas polis jadi saksi dua rakan ditembak komunis

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 11-9-2023 12:57 PM






MOHAMAD Ismail Jamaluddin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hassan di rumahnya di Bachok, Kelantan-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.

BACHOK: Seorang anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) masih mengingati peristiwa bertempur dengan komunis sehingga dua rakan karibnya terkorban di depan mata semasa operasi di kawasan Hutan Lambun dekat sini kira-kira 48 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hassan@yusoff Jaafar, 76, berkata, dua rakannya yang dikenali Mat Yassin dan Mat Yusoff itu maut semasa dia bersama-sama 30 anggota menaiki kenderaan sebelum bertembung komunis.

Menurutnya, anggota komunis kemudiannya melepas tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan PPH sebelum terkena dua rakan setugasnya.

“Dua rakan saya terkorban di lokasi kejadian. Melihat kekuatan kami yang semakin lumpuh, anggota komunis datang merampas senjata anggota PPH sebelum mereka melarikan diri.

“Saya bersama anggota lain terus mengangkat dua rakan yang berlumuran darah ke dalam kenderaan sebelum mereka dibawa keluar dari kawasan hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di pekan Bachok di sini semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin bersama rombongan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok menziarahi tiga pesara polis di daerah ini sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Pada program ziarah itu, Mohamad Ismail turut menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada tiga pesara PPH iaitu Hassan, Mohd. Yusoff Shahrun, 75, dan Zainuddin Ismail,71.

Bercerita lanjut, Hassan yang mula berkhidmat sebagai anggota PPH dengan pangkat konstabel pada 1969 berhenti 13 tahun kemudian selepas trauma dengan kejadian yang menimpa dua rakannya yang maut di depan mata.

Sementara itu, Mohd. Yusoff, 75, yang mengalami kecederaan pada kaki kiri, bahu dan dan telinga turut menceritakan pengalaman ketika bertempur dengan komunis di Empangan Pedu, Kedah.

Katanya, yang bertugas di PPH Kelantan, sepanjang menjalankan operasi di Empangan Pedu, empat rakannya terkorban ketika diserang komunis.

“Sebaik tiba di kawasan itu, pihak komunis menyampaikan sepucuk surat sebagai tanda selamat datang kepada kami. Kawasan itu sememangnya menjadi markas persembunyian komunis.

“Meskipun sentiasa berwaspada, anggota PPH ditembak komunis dari arah bukit, namun, kami tidak sempat membalas tembakan. Dalam kejadian itu, empat anggota terkorban dan beberapa yang lain turut cedera selepas terkena sasaran komunis,” katanya.

Katanya, dia juga cedera semasa bergelut dengan anggota komunis, namun bernasib baik apabila tidak menjadi korban pasukan tersebut.

Tambahnya, dia bersyukur kerana kecederaan itu tidak serius dan pengalaman tersebut akan dikenang sampai bila-bila.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... n-ditembak-komunis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.509043 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list