CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1603|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 3 lagi suspek kes larikan, bunuh seorang lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 11-9-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lagi individu termasuk seorang wanita berhubung kes melarikan seorang penganggur sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, 6 September lalu.

Sebelum ini, polis menahan empat lelaki berusia antara 27 hingga 35 tahun dalam empat serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, yang disyaki melarikan mangsa dari kawasan kediamannya di PPR Kampung Muhibbah, Sungai Besi, di sini, pada 3 September lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata suspek kelima seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan Jumaat lalu manakala suspek keenam yang juga dipercayai teman wanita mangsa ditahan sehari kemudian.

"Suspek ketujuh berusia 40-an ditahan dalam serbuan di Johor, semalam, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis.



"Pada masa ini, empat suspek pertama yang ditahan sedang menjalani reman kedua sehingga 13 September (Rabu) manakala suspek kelima direman sehingga esok," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata, suspek keenam dan ketujuh juga akan direman sehingga 13 September bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Pada malam 3 September lalu, mangsa yang juga seorang penganggur dilarikan empat lelaki sebelum bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, pada awal pagi 4 September.

Susulan itu, polis menahan empat lelaki sebelum memperoleh maklumat susulan dan menemui mayat mangsa dalam kereta Proton Gen2, awal pagi Rabu lalu.

Berdasarkan siasatan awal Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, kejadian dipercayai bermotifkan dendam akibat mangsa bersama teman wanitanya yang juga suspek keenam melarikan barang milik suspek utama.

Setakat ini, siasatan oleh Polis Kuala Lumpur dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang manakala siasatan oleh Polis Kontinjen Selangor dijalankan mengikut Seksyen 302 kanun sama atas kesalahan membunuh.

Bedah siasat ke atas mangsa di Hospital Serdang, mendapati mangsa mengalami kecederaan patah rahang dan tulang rusuk serta retak pada bahagian tengkorak.

https://www.bharian.com.my/berit ... rang-lelaki-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.036772 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list