View: 1731|Reply: 0
|
[Kelantan]
Persepsi, isu agama punca derma organ rendah
[Copy link]
|
|
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin hadir Majlis Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim
Kota Bharu: Persepsi dan isu agama antara faktor utama menyebabkan peratusan jumlah penduduk yang berikrar untuk pendermaan organ di negeri ini terendah berbanding negeri lain.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, keadaan itu berbeza kerana permintaan daripada mereka yang memerlukan organ adalah sangat tinggi.
"Sehingga kini, kadar pengikrar kita untuk menderma organ hanya 0.4 peratus daripada jumlah populasi penduduk di Kelantan seramai 3 juta.
"Kelantan merekodkan peratusan paling rendah berbanding negeri lain. Malah, sejak 1976 hingga kini, hanya tiga orang penderma dari penduduk di Kelantan," katanya katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, banyak faktor yang menyumbang kepada peratusan pendermaan organ yang rendah dan pihaknya kini dalam usaha memberi kempen kesedaran kepada rakyat di negeri itu.
"Yang pertama adalah kesedaran masyarakat sendiri, selain persepsi mereka yang kebanyakannya mengatakan jika pendermaan dilakukan akan menyeksa mayat.
"Faktor lain adalah isu agama di mana waris yang tidak mahu melengahkan urusan jenazah selain kurang promosi daripada pihak kita sendiri.
"Namun, saya tegaskan sekiranya mereka mendermakan organ, kita akan melakukan secepat mungkin dan sebaik mungkin tanpa melengahkan urusan untuk pengebumian jenazah," katanya.
Katanya, untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Kelantan, pihaknya dan pelbagai agensi lain perlu bergabung tenaga untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -derma-organ-rendah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|