CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 0

[Kelantan] Gula subsidi kurang di Kelantan, peniaga hadkan penjualan

[Copy link]
Post time 14-9-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Pekerja kedai runcit, Muhamad Zahir Zaihan, 19, menunjukkan bekalan gula yang ada di kedai runcit di Pintu Geng di sini. - Foto Hidayatidayu Razali

KOTA BHARU: Bekalan gula subsidi paket satu kilogram (kg) di Kelantan berkurangan sejak lebih sebulan lalu menyebabkan peniaga terpaksa mengehadkan penjualan kepada pelanggan.

Tinjauan di beberapa kedai runcit di sekitar Pintu Geng di sini, mendapati mereka mengehadkan pembelian sebanyak dua kilogram sahaja kepada seorang pelanggan.

Pekerja kedai runcit HH7 Enterprise, Nur Syamimi Abdul Satar, 30, berkata kedai itu terpaksa mengehadkan penjualan gula kepada pelanggan kerana tidak mahu pelanggan lain kecewa kerana tidak mendapat gula.

Katanya, perkara itu berlaku sejak lebih sebulan lalu berikutan kekurangan bekalan gula, namun pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan gula premium yang berharga RM4.50 sekilogram.



"Bagi mendapatkan gula subsidi, kami hanya beri dua kg sahaja kerana saya tidak mahu pelanggan lain kecewa berikutan tidak dapat membeli gula paket sekilogram.

"Kami juga melakukan yang terbaik untuk memastikan pelanggan datang ke kedai dapat membeli barangan keperluan dengan harga kawalan," katanya.

Pekerja kedai runcit, Muhamad Zahir Zaihan, 19, berkata, kedainya mengambil sebanyak 30 'bundle' atau 720 kg gula setiap bulan daripada pemborong.

"Stok ini mencukupi bagi menampung keperluan pelanggan apabila kedai itu mengehadkan pembelian sebanyak dua kg seorang," katanya.

Peniaga kuih-muih, Rabiatul Adawiyah Mohd Nor, 35, berkata, masalah kekurangan gula memberi kesulitan kepadanya apabila perlu membeli di beberapa kedai untuk mendapatkan bekalan dalam kuantiti yang banyak.

"Saya menggunakan kira-kira 10 kg gula setiap hari dan perlu membeli di lima kedai untuk mendapatkan bekalan berkenaan.

"Sebagai pengguna saya harap masalah ini selesai segera kerana masa ini bukan saja bekalan gula kurang, namun agak sukar untuk mendapatkan telur ayam dan minyak masak," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ga-hadkan-penjualan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052832 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list