View: 16172|Reply: 0
|
[Kelantan]
250 buah lori, jentera berat berhimpun di Kelantan
[Copy link]
|
|
SEBAHAGIAN lori yang menyertai himpunan sempena program Kelantan Truckers Carnival 1.0 2023 di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
KOTA BHARU: Sebanyak 250 buah lori dan jentera berat termasuk jengkaut serta trak tunda dari beberapa negeri seperti Terengganu, Pahang, Kedah dan Selangor berhimpun dalam satu pertemuan yang berlangsung di Tunjong, di sini hari ini.
Perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Kelantan Truckers Carnival 1.0 2023’ melibatkan lori satu tan, lori tiga tan, lori kargo, lori tipper, lori bonded dan jentera berat keluaran Isuzu.
Seorang peserta, Mohd. Suhaimi Mohd. Nor 33, menyifatkan himpunan ini menjadi platform terbaik dalam mengukuhkan persahabatan antara pemilik lori dan jentera berat di seluruh negara.
Menurutnya, melalui aktiviti ini pemilik lori dapat bertukar-tukar pandangan dan pendapat berkait dengan penjagaan kenderaan itu.
“Walaupun cuaca agak panas pada hari ini, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk berhimpunan.
“Sekiranya ada lagi penganjuran seperti ini, saya tidak akan lepaskan peluang ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
SEORANG pengunjung tidak melepas peluang merakam gambar jengkaut yang menyertai himpunan sempena program Kelantan Truckers Carnival 1.0 2023 di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Sementara itu, penganjur program, Syed Ahmad Mohd. Yusoff memberitahu ini merupakan tahun kedua himpunan itu dilangsungkan.
Katanya, melihat kepada sambutan yang diberikan dia bercadang menjadikan himpunan itu sebagai acara tahunan pada masa akan datang.
“Pada masa sama, saya berhasrat untuk memecahkan buku rekod Malaysia dengan melibatkan lebih 500 buah lori menyertai himpunan ini.
“Bagi memeriahkan lagi himpunan ini, kita turut mengadakan pertandingan lori berhias dalam kalangan para peserta. Himpunan hari ini bukan semata-mata mempamerkan keunikan lori masing-masing yang dihias cantik sehingga berhabis ribuan ringgit tetapi ini adalah jalinan ukhuwah pemilik lori keluaran Isuzu seluruh negara,” ujarnya.
Syed Ahmad berkata, melalui himpunan ini para peserta boleh mengenali lebih rapat dan berkongsi maklumat antara mereka berkait dengan lori.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... himpun-di-kelantan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|