View: 1936|Reply: 0
|
Ferrari cukup sempurna di GP Singapura - Sainz
[Copy link]
|
|
SAINZ bersama trofi dimenanginya. FOTO REUTERS
Singapura: Carlos Sainz berkata Ferrari 'tidak tersilap langkah' ketika pemandu Sepanyol itu memandu dengan sempurna untuk memenangi Grand Prix (GP) Singapura, semalam sekali gus menamatkan impian Red Bull untuk menyapu bersih kemenangan di setiap perlumbaan pada 2023.
Namun nasib berbeza dialami George Russell yang hampir menitiskan air mata selepas terbabit kemalangan bersama jentera Mercedes miliknya pada pusingan terakhir dalam usahanya memburu kemenangan selepas menukar tayar baharu.
Lando Norris menduduki tempat kedua menerusi pemanduan bertahan yang cemerlang untuk menafikan gandingan Mercedes dengan Lewis Hamilton melepasi garisan penamat di tempat ketiga selepas Russell gagal menamatkan perlumbaan.
Pendahulu kejuaraan, Max Verstappen, yang memenangi 10 perlumbaan terakhir, hanya menamatkan perlumbaan di tempat kelima ketika Red Bull gagal menaiki podium buat kali pertama musim ini selepas rakan sepasukannya, Sergio Perez menduduki tempat kelapan.
Sainz mengawal perlumbaan pada sebelah malam di litar jalanan dekat pusat bandar dengan cemerlang selepas bermula dari petak pertama untuk meraih kemenangan kedua dalam kariernya dengan yang pertama di GP Britain tahun lalu.
"Perasaan yang sangat luar biasa. Kami tidak melakukan kesilapan sepanjang minggu ini.
"Kami mempunyai satu peluang untuk memenangi perlumbaan pada tahun ini dan kami melakukannya dengan sempurna," kata Sainz.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -gp-singapura-sainz |
|
|
|
|
|
|
| |
|