View: 1767|Reply: 0
|
[Kelantan]
Enggan susahkan ibu biarpun berkerusi roda
[Copy link]
|
|
MASMALIZA (kiri) bersama ibunya, Che Bidah ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Bakat, Machang. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Machang: Seorang ibu tunggal mungkin terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di atas kerusi roda akibat penyakit saraf tulang belakang yang dideritai sejak 12 tahun lalu.
Masmaliza Mohammad, 37, yang berpisah dengan suami sejak tujuh tahun lalu kini tinggal dengan ibunya, Che Bidah Maat, 70, yang sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk meneruskan hidup dalam keadaan sedemikian.
"Meskipun berkerusi roda untuk bergerak, namun saya berusaha menguruskan diri sendiri kerana tidak mahu menyusahkan ibu yang sudah tua.
"Saya juga reda dengan keadaan kesihatan diri," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Bakat.
Berkongsi penderitaan dialami, Masmaliza berkata, dia disahkan menghidap penyakit saraf tulang belakang selepas seminggu melahirkan anak sulungnya pada 2011.
"Ketika itu, kaki kanan saya kebas dan arwah ayah, Mohammed Dollah segera membawa saya mendapatkan rawatan di Hospital Machang.
"Kemudian, saya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dan ditahan di wad selama sebulan sebelum dibenarkan pulang.
"Sejak itu, nikmat berjalan 'diambil' malah saya terpaksa menggunakan kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak," katanya.
Menurutnya, dia kini perlu menghadiri janji temu setiap empat bulan di Hospital USM untuk berjumpa pakar saraf bagi mengetahui perkembangan tahap kesihatannya.
"Walaupun doktor memaklumkan saya tidak boleh kembali berjalan, namun saya perlu terus tabah," katanya.
Anak ketujuh daripada sembilan beradik itu memaklumkan dia menerima bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di 03013 41 00013406 7 atas nama Masmaliza Mohammad.
"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan adik-beradik yang lain kerana mereka juga mempunyai komitmen selain bukan dalam kalangan orang senang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rpun-berkerusi-roda |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|