CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1847|Reply: 0

[Kelantan] Lebih 200 spesimen diawet dan dipamerkan di SPICES

[Copy link]
Post time 18-9-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

DR Abdul Rahman (kiri) melihat organ dalam tubuh badan manusia yang diawet dan dipamerkan Galeri Interaktif Sains Perubatan atau SPICES di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP). FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Universiti Sains Malaysia (USM) membelanjakan RM2.4 juta untuk mewujudkan Galeri Interaktif Sains Perubatan atau SPICES di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP).

Naib Canselor USM Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed berkata, terdapat lebih 200 spesimen membabitkan organ dalam tubuh badan manusia yang diawet dan dipamerkan termasuk sel kanser serta ketumbuhan dalam galeri berkenaan untuk pembelajaran serta pengajaran.

Menurutnya, spesimen berkenaan diambil daripada tubuh pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian sejak hospital berkenaan ditubuhkan pada 1984.

"Dengan kecanggihan teknologi, galeri ini mengandungi organ patologi mengikut sistem badan manusia yang dilengkapi kod QR yang dipamerkan, panel interaktif, sistem audio, Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) serta pemetaan 3D (tiga dimensi) organ manusia.

"Galeri ini dibangunkan berdasarkan idea asal iaitu pada peringkat awal hanya untuk menubuhkan Muzium Patologi, namun dengan gabungan idea daripada pasukan pereka yang diketuai oleh Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah dan pasukan daripada PPSP, maka galeri interaktif ini dapat direalisasikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas majlis Perasmian Galeri Interaktif Sains Perubatan di PPSP Kubang Kerian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rahman berkata, SPICES adalah ruang pameran yang menggabungkan reka bentuk berkonsepkan sains dan seni dengan ciri-ciri teknologi interaktif yang akan memberikan pengunjung pengalaman unik serta mendalam dalam ilmu perubatan.

"Pada masa sama, galeri interaktif ini juga menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta menjadi ikonik untuk PPSP USM.

"Galeri ini tidak terhad kepada pelajar Program Doktor Perubatan PPSP sahaja, malah ia juga menjadi ruang pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk pelajar di Kampus Kesihatan USM termasuk pelajar Ijazah Sarjana selain turut dibuka kepada orang awam terutama pelajar sekolah bagi menarik minat mereka terhadap ilmu sains dan kesihatan khususnya perubatan.

"SPICES adalah bukti komitmen USM terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan," katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, galeri berkenaan turut menjadi sumber inspirasi kepada pelajar, profesional perubatan dan masyarakat yang mahu memahami lebih mendalam mengenai perkembangan sains dalam bidang perubatan.

"Selain itu, ia juga menjadi langkah untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan penyelidikan dan pembangunan bagi mencapai perubahan positif dalam sektor kesihatan dan membawa Galeri Interaktif Sains Perubatan ke mata dunia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ipamerkan-di-spices

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.180464 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list