View: 5218|Reply: 0
|
[Pahang]
Belian panik peniaga makanan antara punca bekalan kurang
[Copy link]
|
|
Sim Chong Siang ketika sidang media selepas membuat lawatan ke pasaraya sekitar Kuantan. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
Kuantan: Pembelian panik daripada peniaga restoran dan kedai makan menyebabkan berlaku kekurangan bekalan gula, minyak masak, telur ayam dan beras tempatan di 11 daerah di Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, faktor itu berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di pasar raya di negeri ini.
Katanya, sebenarnya pembelian panik terutama daripada peniaga makanan menyebabkan stok bekalan menjadi kurang di pasaran.
"Sebagai contoh, minyak masak paket untuk golongan B40 tetapi peniaga makanan juga membelinya. Peniaga berebut membelinya sebagai stok kerana bimbang bekalan kurang,"
"Bagaimanapun, bekalan telur dan gula yang dilihat lebih serius di negeri ini berbanding minyak masak dan beras tempatan," katanya ketika ditemui selepas meninjau bekalan gula, telur, beras tempatan dan minyak masak di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Bagi memastikan bekalan barang keperluan itu berada di pasaran di negeri ini, Chon Siang berkata, masalah kekurangan bekalan akan dibangkitkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, Rabu ini.
Beliau akan membabitkan isu kekurangan bekalan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam usaha mengatasinya.
"Oleh itu, rakyat di Pahang diminta tidak panik dan membuat pembelian mengikut keperluan.
"Jika berdepan masalah bekalan, boleh menghubungi pejabat KPDN Pahang untuk memastikan tidak berlaku terputus bekalan di kawasan mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... unca-bekalan-kurang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|