CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2474|Reply: 0

[Pahang] Doa ibu pacu kejayaan Ameer

[Copy link]
Post time 19-9-2023 10:18 AM | Show all posts |Read mode

AMEER Shah hadir ke majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah dengan ditemani ibu, Muzalina dan bapanya, Abdul Halim Shah. FOTO Ihsan Ameer Shah Abdul Halim

Kuantan: Usaha tidak pernah mengkhianati hasil dan itu yang dibuktikan Ameer Shah Abdul Halim selepas menamatkan pengajian Diploma Teknologi Digital di Politeknik Muadzam Shah, Pahang selepas dua tahun 'berjuang'.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu bersyukur dapat menghabiskan pengajian diplomanya kerana mengakui bukan mudah kerana perlu belajar sambil bekerja sebagai jurutera perisian di Bayam (M) Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pembangunan perisian di sini.

Bagaimanapun, Ameer Shah, 22, yakin sokongan dan juga doa ibunya, Muzalina Musa, 51, dan bapa, Abdul Halim Shah Sabar, 53, banyak membantunya sampai ke tahap sekarang.

"Saya mula belajar dan bekerja sepenuh masa sebagai pengaturcara masa sejak di semester empat.

"Pada awalnya, ibu bapa saya kurang bersetuju kerana mahu saya fokus dengan pengajian, namun saya nekad juga untuk bekerja kerana yakin dengan kemampuan diri.

"Walaupun penat kerana perlu bahagikan masa, saya seronok malah berasa bertuah dapat bekerja secara hibrid.

"Alhamdulillah, pengajian saya tak terganggu kerana dapat anugerah ketua jabatan setiap semester dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.9, anugerah pingat ketua jabatan dan projek akhir terbaik," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ameer Shah menerima diploma dalam majlis konvokesyen yang diadakan di Dewan Baharu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini, kelmarin yang turut dihadiri ibu dan bapanya.

Berkongsi perihal dirinya, Ameer Shah berkata, dia mula belajar membangunkan sendiri permainan atas talian ketika berusia 10 tahun.

Menurutnya, minat itu berkembang dengan adanya subjek Sains Komputer ketika di sekolah menengah.

"Minat itu yang mendorong saya membantu rakan kelas dan cikgu dalam subjek itu.

"Waktu umur 17 tahun, saya mula ambil peluang memanfaatkan ilmu dan kepakaran dengan membangunkan laman web jualan produk untuk saudara terdekat, sistem pengurusan untuk premis di Shah Alam.

"Inisiatif lain saya dalam membantu masyarakat adalah dengan membangunkan sistem untuk kegunaan kariah di surau taman perumahan," katanya.

Selain meraih kejayaan di peringkat universiti, Ameer Shah pernah mewakili negara ke peringkat antarabangsa dengan menyertai pertandingan WorldSkills Asean di Singapura untuk bidang teknologi web.

"Dalam pertandingan itu (WorldSkills Asean Singapura) saya memenangi medallion of excellence.

"Kejayaan lain saya adalah memenangi tiga emas, satu perak di pertandingan projek inovasi terbuka universiti.

"Bagi saya, orang lain pun boleh berjaya dengan syarat cari minat dan sentiasa kembangkan kemahiran selain berani merebut peluang yang ada dan percaya dengan diri sendiri serta rezeki kurniaan Allah," katanya yang belum merancang menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam waktu terdekat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pacu-kejayaan-ameer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049005 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list