View: 2730|Reply: 0
|
[Kelantan]
Polis siasat video buli di sekolah rendah di Kuala Krai
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Kuala Krai: Polis menyiasat video tular di media sosial, baru-baru ini, memaparkan kejadian buli dipercayai di sebuah sekolah rendah di Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berhubung kejadian berkenaan pada 10.55 pagi semalam.
Katanya, hasil siasatan awal, kejadian pada 12.10 tengah hari, 14 September lalu iaitu semasa mangsa berada di luar bilik darjahnya dan dia didatangi dua murid lain yang kemudian dipercayai memukulnya.
"Hasil pemeriksaan pakar perubatan terhadap mangsa mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesan lebam pada badan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Suzaimi berkata, kedua-dua suspek itu adalah kanak-kanak berumur 11 tahun dan juga murid sekolah berkenaan.
"Kesemua murid terbabit dalam kejadian ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk diambil keterangan bagi menjalankan siasatan lanjut
.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan akan dilakukan merangkumi semua aspek.
"Dalam masa sama, kejadian ini juga sudah dimaklumkan kepada pihak sekolah dan tindakan sudah diambil," katanya.
Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan serta dibimbangi boleh mengganggu siasatan polis.
Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat di Facebook dan Twitter yang memaparkan dua orang murid lelaki membuli seorang murid lain di belakang bangunan sebuah sekolah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... endah-di-kuala-krai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|