View: 3636|Reply: 0
|
Misi besar Farish di Terengganu
[Copy link]
|
|
Farish (depan) berharap mampu menaiki podium pada perlumbaan di Terengganu hujung minggu ini.
KUALA LUMPUR: Pelumba Bad Lab Honda KC Racing, Md Farish Iqmal Khayrul Elyas tekad menaiki podium pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 hujung minggu ini bagi merealisasikan misinya untuk muncul juara keseluruhan kelas WIRA.
Farish pada ketika ini berada tangga kedua keseluruhan, ketinggalan hanya lima mata daripada pendahulu, Amirun Haziq Roslan dari PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing dan perlumbaan di Litar Permotoran Terengganu hujung minggu ini dianggap penting untuk dirinya merampas kedudukan teratas carta.
"Pesaing utama saya di musim ini adalah Amirun dan Emil (Idzhar Ezuan), kemahiran mereka memang hebat tetapi saya sentiasa berusaha untuk memberikan saingan sengit kepada mereka.
"Litar Terengganu ini agak mencabar bagi saya kerana litar itu mempunyai banyak selekoh sempit dan merbahaya. Namun, saya akan cuba mendapatkan tempat ketiga teratas.
"Secara keseluruhan, saya ingin cuba untuk menjadi juara bagi musim ini," kata Farish yang setakat ini sudah meraih satu kemenangan di Teluk Intan, awal bulan ini.
"Musim ini adalah musim pertama saya membawa motor jenis enjin 'injection'. Oleh itu, memang sukar untuk saya mencari pelarasan yang bagus dan masih banyak lagi untuk saya belajar.
"Pelumba dalam kelas ini juga agak kompetitif. Masing-masing agak hebat, jadi susah untuk mengekalkan kedudukan dan saya harus menambahkan lagi usaha untuk sentiasa konsisten.
"Di Teluk Intan sebelum ini, saya berjaya mendapatkan pelarasan yang bagus untuk perlumbaan. Dengan itu, saya dapat bertanding di kelompok hadapan dan berjaya dengan strategi dirancang pasukan.
"Secara keseluruhannya, saya agak berpuashati dengan peningkatan prestasi saya berbanding tahun lalu," katanya yang menamatkan musim lalu di tempat keempat keseluruhan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... arish-di-terengganu |
|
|
|
|
|
|
| |
|