CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1742|Reply: 0

[Terengganu] 192 kawasan dikenal pasti berisiko banjir - JBPM Terengganu

[Copy link]
Post time 19-9-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Hassan (tengah) beramah mesra bersama para media selepas menyampaikan sijil perhargaan yang membuat liputan semasa OPS Jeram Mawar pada Himpunan Bulanan JBPM Terengganu di Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu mengenal pasti sebanyak 192 kawasan berisiko banjir sekiranya berlaku pertembungan fenomena air pasang besar berserta hujan lebat sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarahnya Hassan As'ari Omar berkata, daerah Kemaman merekodkan jumlah kawasan berisiko tertinggi iaitu sebanyak 39 lokasi diikuti daerah Dungun (32 kawasan) dan Besut (29 kawasan) dan Hulu Terengganu (29 kawasan).

Menurutnya, sebanyak 27 kawasan lagi dikenal pasti di Marang, Setiu (21 kawasan) dan Kuala Terengganu/Kuala Nerus (15 kawasan).

Katanya, semua kawasan yang terletak berhampiran muara, pesisir pantai dan lokasi rendah berisiko dilanda banjir jika berlaku fenomena air pasang besar dan hujan lebat yang akan menyebabkan berlaku limpahan air.

"Ia membabitkan lima lembangan sungai iaitu Sungai Terengganu, Sungai Besut, Sungai Dungun, Sungai Kemaman dan Sungai Setiu.

"Selain itu, kita turut memberi tumpuan khusus di daerah Hulu Terengganu yang dijangkakan berisiko tinggi berlaku banjir selain daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, dan Kemaman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Terengganu serta penyerahan sijil penghargaan kepada media (Ops Jeram Mawar) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 25 pengamal media termasuk tiga daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Terengganu menerima sijil penghargaan bagi menghargai sumbangan dan kerjasama kepada JBPM sepanjang operasi berkenaan.

Hassan As'ari berkata, pada masa sama JBPM Terengganu juga bersiap siaga bagi menghadapi MTL yang dijangka berlaku lebih awal, tahun ini.

Katanya, seramai 690 pegawai dan anggota bersiap sedia untuk digerakkan ke kawasan yang terbabit dengan bencana banjir.

Katanya, seramai 287 anggota membabitkan 10 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) juga akan digerakkan untuk membantu operasi di kawasan-kawasan yang agak jauh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jir-jbpm-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.936408 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list