CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2084|Reply: 0

[Kelantan] 9 tahun berkurung, terlantar dalam bilik

[Copy link]
Post time 19-9-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

HANDZALAH yang menderita penyakit Paratiroid dan tulang belakang bengkok bersama kakaknya, Siti Zawiyah. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Sejak sembilan tahun lalu, rutin hidupnya hanya berkurung dalam bilik kerana terlantar apabila diuji dengan penyakit buah pinggang kronik.

Dalam usia yang muda, Handzalah Zulkarnain, 22, juga menderita penyakit paratiroid dan struktur tulang belakang yang membengkok secara tiba-tiba ketika menginjak usia remaja.

Ibunya, Norhazaini Mahmud, 45, berkata, anak kedua dari enam beradik itu gagal menamatkan pendidikan di sekolah menengah berikutan keadaan tulang yang semakin teruk menyebabkannya tidak dapat berjalan.

"Anak saya menghidap sakit buah pinggang ketika berusia 13 tahun lagi mulanya hanya menjalani rawatan dialisis air sebelum beberapa tahun kebelakangan ini perlu bertukar kepada (dialisis) mencuci darah.

"Tidak lama selepas itu kami mengesan cara dia berjalan yang tidak normal iaitu keadaan kaki kirinya sedikit berjingkit-jingkit dan ia berlaku secara tiba-tiba malah doktor juga memaklumkan keadaan itu sudah tidak mampu dipulihkan.

"Keadaan tulang belakang anak saya yang bengkok itu semakin menyukarkannya untuk berjalan menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah tanpa sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belukar Tapang, di sini.

Norhazaini berkata, lebih mendukacitakan apabila Handzalah diserang Paratiroid dalam tempoh yang sama dan terpaksa menjalani pembedahan pembuangan kelenjar atau kelenjar paratiroid yang tidak normal.

Katanya, dugaan mereka sekeluarga tidak terhenti di situ apabila suaminya, Zulkarnain Mokhtar, 48, meninggal dunia 10 hari lalu akibat serangan jantung.

"Kami semakin buntu mengenangkan bagaimana cara untuk meneruskan kelangsungan hidup memandangkan hanya suami yang bekerja selama ini.

"Kami tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM140 sebulan manakala empat lagi anak yang berusia sembilan hingga 16 tahun masih bersekolah dan nasib agak baik kerana rawatan dialisis Handzalah tidak perlu mengeluarkan kos disebabkan dia memiliki kad orang kurang upaya (OKU)," katanya sambil memberitahu Handzalah menerima RM500 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Norhazaini berkata, Handzalah perlu menjalani rawatan dialisisis di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) tiga kali seminggu dan mereka bergantung kepada anak sulungnya, Siti Zawiyah Hanum, 24, untuk membawa ke hospital.

Menurutnya, Siti Zawiyah Hanum baru menamatkan pengajian dalam jurusan Sains Kaunseling di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan sedang menunggu panggilan kerja.

"Dalam keadaan menaruh harapan agar Siti Zawiyah mendapat pekerjaan, kebimbangan juga dirasai kerana jika dia tiada selepas ini, siapa yang dapat menjadi tempat bergantung terutama membawa Handzalah ke hospital kerana saya tidak tahu memandu," katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Norhazaini di talian 0179064703.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rlantar-dalam-bilik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.045858 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list