CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2737|Reply: 0

[Johor] Menangis kerana ganti ayah walikan pernikahan adik

[Copy link]
Post time 21-9-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Lotfi Mahfuz gagal menahan sebak ketika mewalikan pernikahan adiknya, Noorhidayah Yunos pada 2 September lalu. FOTO Ihsan Mohd Lotfi Mahfuz Yunos

Mersing: "Saya menangis sebab terkenangkan ayah kerana sepatutnya dia yang duduk di situ, mewalikan pernikahan adik namun Allah lebih menyayanginya," kata Mohd Lotfi Mahfuz Yunos.

Mohd Lotfi Mahfuz, 36, yang menetap di Kampung Sri Pantai di sini, mendapat perhatian di TikTok kerana tular satu video menunjukkannya gagal menahan sebak ketika mewalikan pernikahan adiknya, Noorhidayah Yunos, 24, pada 2 September lalu.

Berkongsi kisah itu, bapa kepada tiga anak berkata, dia bukan seorang yang sensitif namun tersentuh kerana perlu melepaskan adik kesayangan menjadi isteri orang.

"Sepatutnya, abang sulung yang menjadi wali namun dia tak datang pada hari pernikahan adik jadi saya yang perlu mengambil tanggungjawabnya sebelum mewakilkan kepada tok kadi.

"Kiranya, saya pertama kali ambil tanggungjawab sebagai wali dan awalnya okay saja cuma apabila nak ucap lafaz serah tugas kepada tok kadi, datang perasaan sebak dengan tiba-tiba sampai tak boleh bercakap.

"Ikutkan nak tahan kerana malu menangis depan adik, emak, adik ipar juga mereka yang hadir tapi mengalir juga air mata saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mohd Lotfi Mahfuz mengakui lega kerana akhirnya dapat menyempurnakan juga tugasnya sebagai wali walaupun dalam keadaan sebak.

"Gembira kerana dapat laksanakan tanggungjawab tapi teringat juga dengan ayah kerana jika dia masih ada, waktu itu (pernikahan) mungkin masa yang ditunggunya.

"Lagipun, ayah meninggal dunia pada 5 September lalu dan tarikh pernikahan adik pula hampir dengan setahun pemergiannya jadi masih baru dan terkenangkannya lagi.

"Apa pun, saya gembira lihat adik bertemu jodoh dan sempat berpesan kepadanya untuk ikut apa ajaran ayah iaitu jadi isteri baik serta taat kepada suami yang kini menjadi tempatnya bergantung," katanya.

Berhubung perkongsian di TiKTok, Mohd Lotfi Mahfuz berkata,dia tidak sedar bila video berkenaan dirakam.

"Jujurnya memang tak perasan kerana fokus saya pada tok kadi dan adik ipar di depan saja.

"Tapi selepas menonton video itu, saya ada baca juga komen dan nampak ramai yang faham dengan perasaan saya kerana pernah melalui situasi sama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-pernikahan-adik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.492758 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list