CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2921|Reply: 0

[Negeri Sembilan] '20 kali saya lihat video, ternyata abang terbabit kemalangan'

[Copy link]
Post time 21-9-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode

JENAZAH Faris Haziq dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang, hari ini. FOTO Ihsan pembaca.

Semenyih: "Lebih 20 kali saya lihat video (kemalangan) itu dan tak menyangka firasat menyatakan abang terbabit dalam kemalangan terbabit ternyata benar," kata Faiz Azim Abu Bakar, 19.

Beliau adalah adik kepada Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang disahkan maut bersama Yuswar Mohd Uyus, 39, dalam kemalangan membabitkan treler muatan batu pasir yang merempuh beberapa kenderaan di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, Putrajaya, semalam.

Menceritakan semula insiden itu, Faiz berkata, dia dimaklumkan oleh rakannya mengenai kemalangan terbabit yang turut tular menerusi beberapa rakaman video di media sosial.

"Hati saya rasa tak sedap bila lihat rakaman video kemalangan menerusi kamera papan pemuka yang tular itu. Saya lihat banyak kali sehingga lebih 20 kali untuk memastikan sama ada motosikal dalam rakaman itu adalah abang (Faris).

"Apa yang menyebabkan saya rasa sebegitu adalah pada pagi kejadian (semalam) sebelum keluar dari rumah, abang ada meminjam jaket saya untuk ke tempat kerjanya di Subang.

"Saya lihat dengan jelas jaket dan motosikal jenis Honda miliknya dalam video berkenaan. Apabila saya dimaklumkan dia terbabit dalam kemalangan itu kira-kira jam 3 petang (semalam), saya rasa sebak kerana firasat saya ternyata betul," katanya yang bekerja sebagai pembuat roti.

Faiz berkata, beliau merasa sebak kerana tidak banyak berbual dengan abangnya sebelum ini kerana kekangan kerja memandangkan syif mereka bekerja adalah sama iaitu pada waktu malam.

"Kali terakhir berjumpa dan bercakap dengan abang adalah pada pagi kejadian semasa dia mahu meminjam jaket dan perbualan itu hanya singkat.

"Sebelum ini, dia tidak ada menunjukkan sebarang perubahan. Difahamkan ketika kejadian, dia keluar bertemu rakannya ke Putrajaya sebelum ke tempat kerjanya di pejabat pos di Subang.

"Abang yang juga anak kedua daripada tiga beradik adalah seorang yang tegas, namun bersikap pendiam dalam kalangan rakannya," katanya.

Menurutnya, jenazah abangnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang, di sini, selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, biras kepada Yuswar, Mohd Azuan Mohd Zain, 37, berkata, beliau melihat rakaman video kemalangan itu yang tular di pada pagi semalam, namun tidak menyangka ia adalah birasnya.

"Sebaik mendapat perkhabaran itu, kami sangat terkejut. Ibu mentua paling terkesan dengan pemergian arwah yang paling rapat dengannya dan mengambil berat terhadap ahli keluarga lain.

"Yuswar memang rapat dengan saya kerana kami berdua saja lelaki memandangkan dia anak tunggal lelaki daripada tiga beradik, manakala kakak serta adik arwah masih belum berkahwin," katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu arwah yang bertugas di Mahkamah Ampang pada Ahad lalu ketika makan di rumahnya di Flat Sri Pulau Pinang, Cheras, Kuala Lumpur.

"Ketika itu, saya lihat dia tidak menunjukkan sebarang perubahan atau kelakuan pelik," katanya.

Allahyarham Yuswar dipercayai dari Mahkamah Ampang ke Istana Kehakiman Putrajaya atas tujuan kerja ketika kejadian.

Semalam, Harian Metro melaporkan dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan treler muatan batu pasir merempuh sejumlah kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, Putrajaya.

Kemalangan jam 10.15 pagi yang membabitkan 14 kenderaan iaitu treler terbabit, sebuah lori satu tan, tujuh kereta serta lima motosikal termasuk sebuah motosikal polis trafik itu berlaku apabila treler berkenaan melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di laluan terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terbabit-kemalangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.140806 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list