CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5269|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Satu trip upah RM1,000

[Copy link]
Post time 23-9-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode

PEMANDU lori atau treler didakwa termakan pujukan sindiket yang turut menggunakan media sosial dengan menawarkan tugasan berisiko itu kepada suspek ‘berani mati’.

Kuala Lumpur: Sanggup ambil risiko dipenjara enam bulan dan denda S$10,000 (RM34,273) hanya kerana dijanjikan upah serendah RM1,000 bagi tugasan menyeludup rokok tembakau atau rokok elektronik ke negara jiran Singapura.

Golongan 'keldai rokok' membabitkan pemandu lori atau treler ini didakwa termakan pujukan sindiket yang turut menggunakan media sosial dengan menawarkan tugasan berisiko itu kepada suspek 'berani mati'.

Sumber berkata, seramai berpuluh pemandu termasuk rakyat Malaysia ditahan pihak kastam Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura sepanjang tahun lalu kerana menjadi 'keldai' menyeludup rokok yang tidak dibayar duti kastam.

"Mereka menyedari muatan 'rahsia' disembunyikan bersama barangan dieksport ke negara jiran namun sanggup memperjudikan nasib.

"Namun kebiasaannya pihak berkuasa di sempadan Singapura dapat menghidu 'muatan rahsia' dibawa berikutan mereka dilengkapi alat imbasan radiografi berteknologi tinggi," katanya.

Berdasarkan peruntukan undang-undang Akta Tembakau Singapura (Kawalan Iklan dan Penjualan) yang melarang import, pengedaran, penjualan atau tawaran untuk penjualan produk tembakau berbahaya atau tiruan, individu yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

"Manakala suspek boleh didenda sehingga S$20,000 (RRM68,500) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau seterusnya.

"Ramai pemandu lori warga Malaysia sudah dikenakan hukuman ini namun jenayah penyeludupan sama masih berlaku hampir setiap minggu berdasarkan jumlah tangkapan dilakukan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan jumlah rampasan rokok tembakau atau rokok elektronik yang besar, pihak berkuasa percaya jenayah itu didalangi sindiket besar yang mempunyai rangkaian antarabangsa.

Sabtu lalu, Harian Metro mendedahkan kerja modifikasi kenderaan berat dilakukan sindiket di bengkel khas di negara ini bagi membolehkan lori sejuk beku, lori bersaiz besar tiga dan lima tan hingga kepada treler membawa kontena digunakan untuk menyeludup rokok dan vape.

"Sindiket terlebih dahulu akan menambah ruangan rahsia di bahagian lantai, dinding, bumbung atau kontena muatan sebelum 'menyumbatkan' rokok yang mahu diseludup ke negara jiran Singapura.

"Sindiket akan melakukan modifikasi menggunakan aluminium, zink, besi atau gentian fiber bagi memastikan ruangan rahsia itu mampu mengisi hingga beribu kotak rokok seludup," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tu-trip-upah-rm1000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.029458 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list