View: 690|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Negeri Sembilan terima 2.5 tan metrik beras BPT
[Copy link]
|
|
Aminuddin (dua dari kiri) meninjau produk jualan agro madani di Kampung Pachitan hari ini. Foto Ihsan Pejabat
MB
Port Dickson: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan menerima 2,500 pek atau 2.5 tan metrik beras putih tempatan (BPT) untuk dipasarkan di negeri ini, mulai hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia bekalan BPT fasa kedua selepas 2,000 pek beras 10 kilogram (kg) fasa pertama yang diterima pada 20 September lalu.
"Kita tahu isu BPT yang bermula sejak Ogos lalu melahirkan kebimbangan rakyat dan bagi mengurangkan kebimbangan itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Fama melaksanakan intervensi dalam pengedaran BPT ini.
"Diharap supaya semua pihak tidak membeli BPT dalam keadaan panik kerana Fama akan membekalkan dari masa ke semasa," katanya kepada media selepas merasmikan Jualan Agro Madani Nismilan Prihatin di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Fama, Abdul Rashid Bahri dan Pengarah Fama Negeri Sembilan, Shahlan Kusaseh.
Media sebelum ini melaporkan 700 tan metrik BPT akan mula diedar terus kepada pengguna melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Fama di empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur.
Sementara itu, mengenai program, Aminuddin berkata, program diadakan untuk meringankan beban pengguna dengan barang keperluan asas dijual pada harga serendah 30 peratus daripada pasaran.
"Sebagai contoh ayam segar dijual RM13 seekor, telur ayam RM10 sepapan dan ikan siakap RM10 seekor, manakala sayur dijual RM1 bagi setiap peket," katanya.
Menurutnya, sehingga kini, 161 program Jualan Agro Madani dilaksana di seluruh negeri yang berjaya menjana RM3.66 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-metrik-beras-bpt |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|