View: 721|Reply: 0
|
[Kelantan]
Sara keluarga jual barang terpakai
[Copy link]
|
|
Shaari Abdullah menyusun barangan terpakai yang dijualnya. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Kota Bharu: Bekas peniaga aiskrim memanfaatkan barangan terpakai dengan menjualnya semula kepada orang ramai selepas dibaik pulih bagi bagi menambah pendapatan.
Shaari Abdullah, 54, berkata dia mula menjual barangan terpakai sejak 30 tahun lalu disebabkan pendapatan yang diperoleh lebih lumayan berbanding berniaga aiskrim.
Menurutnya, kebanyakan barangan terpakai diperoleh dari kedai barangan terpakai atau individu yang tidak mahu menggunakannya disebabkan rosak atau tidak memerlukan.
"Kebiasaannya pemilik barangan ini tidak lokek untuk menjual kepada saya kerana keadaan barang sudah rosak dan memerlukan saya membaikinya semula sebelum dijual.
"Permintaan yang tinggi daripada individu yang berminat membeli barangan terpakai mendorong saya menjual barangan berkenaan pada harga munasabah sesuai dengan kondisi barang sehingga ada mencecah ratusan ringgit," katanya.
Bapa kepada empat anak berusia 17 hingga 26 tahun ini berkata, antara barangan terpakai yang dijualnya termasuk pelita, periuk, telefon rumah, jam tangan, bekas air, mainan dan periuk.
"Hampir setiap hari saya keluar mencari barang terpakai untuk menambah stok jualan sekali gus pembeli yang datang mempunyai banyak pilihan.
"Barangan yang dijualnya mendapat sambutan kerana memiliki nilai sentimental kepada pembeli," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ual-barang-terpakai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|