CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 0

[Selangor] Kena caj RM1 untuk satu pek sos cili?

[Copy link]
Post time 24-9-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar gambar resit pembelian yang dikongsikan seorang pengguna di laman Facebook

PETALING JAYA – Restoran makanan segera terkenal dikecam orang ramai selepas meletakkan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang dahulunya diberi secara percuma.

Menurut hantaran tular di laman Facebook, seorang pelanggan berkongsi gambar resit pembayaran 10 pek sos cili yang berharga RM10.60 beserta cukai.

“Hidup makin keras. Hendak minta sos lebih pun kena caj. Sudah beli 10 paket sos cili dengan harga RM10.60.

“Tahniah kerana mengambil langkah proaktif selaras kenaikan harga beras dunia,” tulisnya dalam hantaran sama.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan tersebut, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang dibelenggu masalah kenaikan harga barang mentah.

“Dulu boleh simpan lebihan sos dalam peti ais, sekarang kena caj pula,” kata Amm.

“Selalunya tak payah bayar pun. Boleh minta sahaja pada juruwang kalau nak sos lebih. Kenapa sekarang kena bayar?,” tanya Hafiza.

“Kalau bagi percuma, orang kita suka membazir. Kalau hendak elak pembaziran, terpaksalah caj,” kata seorang lagi pengguna.

“Selepas ini terpaksalah bawa sos sendiri dari rumah,” kata Aifa.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 7,200 tanda suka dan 3,100 komen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -satu-pek-sos-cili/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.277800 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list