CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2804|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Anggota bomba dipenjara 3 bulan kerana cederakan ibu saudara

[Copy link]
Post time 25-9-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Putera Azirul Abdul Aziz, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Majistret memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Putera Azirul dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Aini Ahmad, 58, di kuarters balai bomba di Wangsa Maju, di sini pada jam 4 petang, 27 Disember 2021.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman berat sebagai pengajaran dan mengambil kira kepentingan awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman berikutan menjadi penanggung tunggal keluarga.

"Saya buat demikian (cederakan ibu saudara) kerana keluarga mentua bawa balik isteri tanpa kebenaran," katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak sehingga mencederakan seorang lelaki, awal bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Ibrahim Mohd Noh, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu melakukan rompak dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Yap Keok Loong, 47, di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Manjalara, Kepong, di sini, pada jam 6.40 petang, 9 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda dan juga sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh manakala peguam, Renalyn Rivera yang mewakilinya juga tidak membuat sebarang permohonan jaminan ke atas anak guamnya.

Mendengar hujahan kedua-dua pihak, Siti Aminah menetapkan 23 Oktober ini untuk tarikh sebutan kes.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... derakan-ibu-saudara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.331198 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list