CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2868|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Polis gempur kedai jadi 'port' warga asing

[Copy link]
Post time 25-9-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Antara warga asing dan minuman keras yang ditahan dalam Op Bersepadu di empat premis makanan di Taman Semarak, di sini, petang semalam, yang menjadi tumpuan warga asing. FOTO Ihsan PDRM

Nilai: Koloni warga asing bukan sahaja mengusahakan kedai makan yang menghidangkan menu asal negara mereka di Taman Semarak, di sini, malah turut dikesan menawarkan minuman keras tanpa cukai.

Lebih membimbangkan, serbuan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam Op Bersepadu Khas kira-kira 5 petang semalam mendapati premis terbabit turut menjalankan kegiatan judi atas talian.

Susulan itu, seramai 39 warga asing terdiri daripada pekerja dan pelanggan restoran ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya melakukan serbuan di empat premis dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) selepas menerima maklumat.

"Serbuan di premis pertama menahan dua pelayan wanita warga Myanmar dan enam pelanggan lelaki juga warga Myanmar. Hasil pemeriksaan, kami merampas 67 minuman keras, resit dan wang tunai berjumlah RM2,740.

"Di premis kedua, kami menahan 11 lelaki warga Nepal, seorang wanita warga Nepal, seorang wanita warga India, seorang lelaki Myanmar dan seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis," katanya.

Katanya, pemeriksaan di premis kedua agak mengejutkan apabila pihaknya mendapati kedai makan itu menjalankan kegiatan judi atas talian.

"Rampasan membabitkan sebuah telefon bimbit disyaki digunakan untuk aktiviti loteri awam tanpa lesen, manakala sebuah telefon lagi disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian online. Turut dirampas wang tunai bercampur berjumlah RM623," katanya.

Menurutnya, pihaknya menahan seorang lelaki warga Myanmar dan merampas 162 botol minuman keras bersama satu kotak arak di premis ketiga, selain 16 lelaki warga Nepal ditahan serta merampas 53 kotak dan 20 botol arak dipercayai diseludup di premis terakhir.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain Seksyen 4B(a) dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka serta Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

"Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-port-warga-asing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 1.574806 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list