CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2154|Reply: 0

[Melaka] Batal sertai program jaga anak sakit, guru menang kes tribunal

[Copy link]
Post time 25-9-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode

ZANAHARIAH menunjukkan dokumen tuntutan yang dibuatnya terhadap sebuah syarikat penerbitan.

MELAKA – Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini, hari ini memerintahkan sebuah syarikat penerbitan untuk memulangkan semula wang deposit Program Usahawan Malaysia-Dubai berjumlah RM2,500 kepada seorang guru.

Presiden Mahkamah TTPM, Abdul Rashid Daud turut mengarahkan pembayaran tersebut dibuat secara penuh oleh pihak penentang sebelum 12 November ini.

Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 117 Akta Pelindungan Pengguna (APP) 1999 yang memperuntukan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak penuntut, Zanahariah Jaafar, 55, ketika ditemui selepas sesi pendengaran memberitahu, tuntutan tersebut dibuat selepas pihak penentang enggan memulangkan wang deposit sebanyak RM2,500 seperti dijanjikan apabila dia terpaksa menarik diri daripada menyertai program itu pada 3 Mei lalu.

“Sebelum ini, saya tertarik melihat iklan di Facebook menawarkan Program Usahawan Wanita Malaysia-Dubai selama empat hari pada tarikh 22 hingga 26 Disember pada bayaran RM4,500 sahaja manakala selebihnya ditanggung syarikat.

“Saya telah menjelaskan secara ansuran keseluruhannya berjumlah RM2,500 antara Disember 2022 Mei 2023 namun terpaksa menarik diri kerana anak bongsu terpaksa menjalani pembedahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, dia merancang untuk menyertai program berkenaan bagi mencari peluang perniagaan minyak wangi di Dubai.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak penentang sebelum ini berjanji untuk memulangkan wang depositnya pada 12 Jun lalu, namun sehingga kini pembayaran belum dibuat.

“Keputusan mahkamah hari ini memberi kemenangan kecil kepada saya sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak manjadi mangsa syarikat yang cuba bersikap lepas tangan terhadap pengguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... enang-kes-tribunal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.357798 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list