CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 0

[Selangor] McDonald’s Malaysia siasat kes caj sos cili peket RM10.60

[Copy link]
Post time 25-9-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar gambar resit pembelian sos cili yang dikongsikan seorang pengguna di laman Facebook.

KUALA SELANGOR – Syarikat restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan caj RM1 terhadap peket sos cili kepada pelanggannya.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya akan memanggil pekerja dan pelanggan yang terlibat bagi mendengar penjelasan mereka berhubung kes berkenaan.

“Kami akan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan juga pelanggan yang mendakwa dikenakan caj tersebut.

“Buat masa ini, kami tidak mahu komen lanjut kerana ia masih dalam proses siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini, hari ini.


Azmir ketika sidang akhbar selepas majlis konvokesyen kali-4 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

Kosmo! semalam melaporkan restoran makanan segera terkenal dikecam orang ramai selepas meletakkan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang dahulunya diberi secara percuma.

Menurut hantaran tular di laman Facebook, seorang pelanggan berkongsi gambar resit pembayaran 10 pek sos cili yang berharga RM10.60 beserta cukai.

Azmir menegaskan, pihaknya tidak pernah mengenakan sebarang caj kepada pelanggan yang meminta sos peket kecuali sos khas barbeque dan sos masam manis yang dimakan bersama nuget.

“Kami tidak jual sos cili, tetapi pelanggan berpada-padalah juga (minta paket sos), takkanlah minta sampai 20 peket sos cili (dalam satu masa). Tetapi kadang-kadang kes ini berlaku dan anda jangan terkejut,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... cili-peket-rm10-60/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.506367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list