View: 947|Reply: 0
|
[Johor]
Dugaan besar suri rumah jaga 8 anak sendirian
[Copy link]
|
|
SITI MARYAM bersama empat daripada lapan orang anaknya di Lorong Bugis, Kampung Parit Sulaiman, Telok Kerang, Pontian baru-baru ini.
PONTIAN – Seorang wanita berdepan dugaan besar selepas terpaksa menjaga lapan anak seorang diri di Jalan Parit Bugis, Kampung Parit Sulaiman, Telok Kerang di sini.
Siti Maryam Maulad Ariffin, 31, yang tidak bekerja sebelum ini tinggal di Johor Bahru dan baru berpindah ke kampung tersebut baru-baru ini.
Katanya, disebabkan itu, dia tidak sempat untuk menguruskan pertukaran sekolah anak-anaknya di tempat baharu.
Katanya, anak sulungnya, kini belajar di sebuah tahfiz di Senai, manakala empat lagi anaknya sebelum ini bersekolah menengah dan rendah di Johor Bahru dan dua lagi berusia empat serta setahun enam bulan.
“Memandangkan saya kini menjadi ibu dan bapa kepada mereka, saya belum sempat mengambil surat pertukaran sekolah di Johor Bahru,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Tambah Siti Maryam, setelah mendapatkan dokumen pertukaran sekolah nanti, anak sulungnya akan didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Kerang.
“Manakala empat lagi anak-anak yang lain akan dimasukkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sulaiman bagi memboleh mereka meneruskan pelajaran selepas berhenti pada Ogos lalu,” ujarnya.
Katanya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru sebanyak RM1,000 sebulan dan Baitumal sebanyak RM500.
Jelasnya, dengan bantuan itu, ia akan digunakan bagi menampung perbelanjaan, selain membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan dan bayaran bekalan air dan elektrik.
“Memandangkan saya tidak bekerja, wang diterima digunakan sebaik mungkin,” ujarnya.
Katanya, apa yang merisaukan adalah bagaimana anak-anaknya dapat pergi ke sekolah baharu nanti kerana dia tidak mempunyai sebarang kenderaan.
“Jarak sekolah dengan rumah agak jauh. Saya minta ada pihak yang boleh membantu dalam hal ini,” katanya.
Mereka yang bersimpati dan ingin membantu Siti Maryam boleh menghubungi talian 011-4078 9242 atau menyalurkan bantuan menerusi akaun 0100141100008927 (Bank Simpanan Nasional ).
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... a-8-anak-sendirian/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|