View: 2566|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kastam rampas 1.86 juta batang rokok seludup
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Sebanyak 1.86 juta batang rokok seludup yang ditinggalkan dalam sebuah lori di tepi jalan di Taman Wira Perdana, Gua Musang, dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, 17 September lalu.
Operasi jam 4 petang oleh Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu itu membawa kepada rampasan bernilai lebih RM1.45 juta termasuk cukai.
Pemangku Pengarah Kastam Kelantan Koh Joo Kai berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan intipan sepasukan pegawai dan anggota sebelum menahan sebuah lori jenis Nissan yang ditinggalkan di bahu jalan.
"Pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemui 9,300 karton rokok seludup membabitkan 1.86 juta batang rokok dengan anggaran nilai RM204,600 dan anggaran cukai sebanyak RM1.248 juta.
"Pihak kami menunggu selama dua jam di lokasi berkenaan, namun tiada pergerakan sebelum pemeriksaan dilakukan terhadap lori berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati rokok berkenaan dibawa masuk dari negara jiran dan bekalan terbabit dalam perjalanan ke Lembah Klang.
"Modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk bekalan rokok berkenaan dari negara jiran menggunakan pelbagai jenis kenderaan sama ada kenderaan penumpang atau lori untuk disimpan di lokasi tertentu sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kemasukan rokok seludup berkenaan selain pemilik sebenar lori terbabit," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara daripada segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1.86 juta batang rokok seludup yang ditinggalkan dalam sebuah lori di tepi jalan di Taman Wira Perdana, Gua Musang, di Wisma JKDM Padang Bongor hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atang-rokok-seludup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|