View: 2726|Reply: 0
|
[Pahang]
Penjual durian rugi RM252,600 terpedaya tawaran kerja online
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang penjual durian di Bentong kerugian RM252,600 selepas terpedaya dengan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, kejadian berlaku selepas lelaki berusia 46 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp pada bulan lalu.
Katanya, mangsa yang hanya berurusan melalui mesej itu kemudian ditawarkan pekerjaan sebagai penolong pemasaran secara dalam talian oleh suspek.
"Mangsa menerima arahan tugasan daripada aplikasi dimuat turun dengan dijanjikan keuntungan 10 peratus daripada setiap tugasan diberi.
"Mangsa kemudian membuat 55 pindahan wang kepada 12 akaun bank yang berlainan berjumlah RM252,600.
"Siasatan mendapati sumber kewangan adalah daripada duit simpanan mangsa dan pinjaman dengan saudara serta rakan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Susulan itu, Yahaya menasihati masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.
"Masyarakat perlu mendapatkan maklumat terperinci terlebih dulu seperti latar belakang syarikat yang ditawarkan dan diingatkan membuat semakan nombor akaun yang diterima dipautan https:// semakmule.rmp.gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... awaran-kerja-online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|