View: 1046|Reply: 0
|
[Terengganu]
LKiZy bantu ringankan beban pelajar
[Copy link]
|
|
Sekolah Menengah (SM) Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan dinobat pemenang kategori pameran terbaik pada Karnival SUKe@SM Teknik Peringkat Kebangsaan 2023 di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di sini. Foto FAIZUL AZLAN RAZAK
Kuala Nerus: "Sebelum ini set lukisan kejuruteraan yang digunakan besar dan berat hingga memaksa pelajar membawa dua beg ke sekolah.
"Disebabkan itu, saya mahu membantu meringankan beban pelajar dan tercetus idea mencipta papan lukisan boleh dilipat," kata Sakinah Muhammad Hanip, 39.
Guru Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Tulisan Kejuruteraan Sekolah Menengah (SM) Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan itu berkata, idea mencipta papan lukisan yang boleh dilipat itu terhasil tiga tahun lalu.
Menurutnya, dia tidak menyangka ciptaan diberi nama LKiZy yang juga singkatan daripada perkataan LK (Lukisan Kejuruteraan) dan pada awalnya dibuat untuk meringankan beban pelajar meraih kejayaan inovasi terbaik.
"Papan lukisan ini bukan saja boleh dilipat, malah boleh menyimpan lapan alatan melukis antaranya pembaris T, sesiku set, pensil, pemadam dan jangka lukis," katanya yang ditemui di Karnival SUKe@SM Teknik Peringkat Kebangsaan 2023 di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, di sini, hari ini.
Karnival diadakan selama tiga hari itu dirasmikan majlis penutupnya oleh Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia Zanariah Ahmad.
Pada karnival itu, SM Teknik Tuanku Jaafar dinobatkan pemenang kategori pameran terbaik.
Mengulas lanjut, Sakinah berkata, ciptaannya mendapat perhatian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang meluluskan Dana Program MyIS Akar Umbi sebanyak RM100,000.
Menurutnya, pihaknya diminta menghasilkan 10 set papan lukisan menerusi geran terbabit dan menjangkakan tahun depan akan menjualnya ke seluruh negara.
"Buat permulaan, saya akan menjual set papan lukisan ini dengan harga tidak melebihi RM150 dan menjadikan koperasi sekolah seluruh negara sebagai tempat jualan.
"Saya harap ia memudahkan pelajar dan guru daripada segi penggunaan dan penjagaan peralatan selain memudahkan pelajar untuk membawa dan menyimpan set papan lukisan ketika kelas LK dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ankan-beban-pelajar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|