CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 653|Reply: 0

[Kelantan] Suspek curi lembu miliki 11 rekod lampau

[Copy link]
Post time 27-9-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kota Bharu: Suspek yang maut ditembak selepas menyerang anggota polis dengan senjata tajam di Kampung Joh, Labok, Machang awal pagi Isnin lalu memiliki 11 rekod lampau termasuk tiga dalam kategori orang dikehendaki.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 33 tahun yang terbabit dalam kes curi lembu itu dikehendaki untuk jenayah pecah rumah, khianat dan keganasan rumah tangga.

Beliau berkata, siasatan sedang dibuat terhadap seorang rakan suspek berusia 43 tahun yang juga penjawat awam dan bersama suspek ketika kejadian.

"Dalam kejadian itu, kita merampas sebilah parang, tali nilon dan ubat pelali yang digunakan dalam kegiatan mencuri lembu di kawasan Kampong Joh, Labok, Machang.

"Turut ditemukan kad pengenalan seorang lelaki yang beralamat di Klang, Selangor dan hasil siasatan mendapati dokumen itu milik mangsa jenayah samun dipercayai dilakukan suspek yang sama," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, terdapat tiga kotak mengandungi ubat pelali ditemui dengan dua daripadanya masih belum digunakan dan dipercayai akan digunakan untuk aktiviti seterusnya.

Pihaknya percaya ada kumpulan curi lembu lain yang turut terbabit memandangkan kaedah memberi ubat pelali terhadap lembu agak popular di negeri ini namun siasatan lanjut sedang dibuat.

"Trend memberi ubat pelali untuk mencuri lembu agak popular dan kami pernah terima aduan sebelum ini namun berkurangan sejak kebelakangan ini.

"Kita menasihatkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan pertanian, jika terlihat mana-mana kenderaan yang mencurigakan berlegar-legar, boleh segera menghubungi polis sebagai langkah keselamatan," katanya.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki dua lelaki itu dikejar anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang apabila dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Semasa kejadian itu, turut berlaku beberapa kali pelanggaran antara kereta suspek dengan kenderaan peronda polis hingga menyebabkan kereta suspek terbabas ke kanan jalan di kawasan Kampong Labok.

Pemandu kereta kemudiannya keluar menyerang anggota polis sambil memegang senjata tajam dan pada masa sama anggota berkenaan terpaksa bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah kaki suspek untuk mempertahankan diri, namun suspek bertindak meluru masuk ke bahagian pemandu kenderaan peronda polis serta melarikan kenderaan peronda polis ke arah Kota Bharu.

Bagaimanapun, kenderaan peronda polis yang dilarikan dijumpai berhenti di tepi jalan dengan jarak lebih kurang empat kilometer dari lokasi kejadian di kawasan Pulai Chondong sebelum mendapati suspek meninggal dunia di kerusi pemandu dalam kereta peronda dan mayat suspek dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307, 379, 379A, 186 Kanun Keseksaan (KK) dan 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iki-11-rekod-lampau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.168745 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list