CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 0

[Terengganu] Dua rakan rompak kedai runcit guna sabit dipenjara sembilan tahun

[Copy link]
Post time 27-9-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU: Dua rakan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga dekat sini, pada 13 September lalu.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Syakir Azroy Md Rodi, 28, dan Mohd Azwan Harun, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka dituduh merompak wang berjumlah RM1,500 bersenjatakan sebilah sabit yang boleh menyebabkan kematian dan mencederakan juruwang kedai berkenaan dengan melibas sabit sehingga menyebabkannya cedera di leher.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga dekat sini pada jam 2.30 pagi pada 13 September lalu.



Perbuatan mereka dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Nabihah Hanim Ayim, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... jara-sembilan-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 1.823493 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list