CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 703|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Isu harga beras: Peniaga makanan terkesan

[Copy link]
Post time 27-9-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga nasi kukus, Haji Man Mastan, 56. FOTO Aqil Sharullizam

Kuala Lumpur: Kesukaran mendapatkan beras tempatan di samping kenaikan harga beras import memberi tekanan kepada peniaga-peniaga makanan sehingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Peniaga nasi kukus ayam berempah, Haji Man Mastan, 56, di Sungai Buloh berkata, dia berasa terkesan dengan isu kenaikan harga beras import sehingga menjejaskan perniagaannya.

Menurutnya, dia memang risau dengan keadaan ekonomi sekarang kerana kuasa membeli berkurangan apabila harga barang meningkat.

"Saya memang tidak naikkan harga makanan setakat ini walaupun jualan agak merosot.

"Sebelum ini sebungkus nasi saya buat dua mangkuk kecil, tapi sekarang kita hanya boleh buat satu mangkuk sahaja.

"Daripada segi bekalan beras import, setakat ini kita tidak ada masalah untuk mendapatkannya, tapi harga sahajalah yang meresahkan.

"Jualan ini biasanya saya kira untung melalui beras sahaja, tapi bila semua barang naik harga memang untung tidak seberapa," katanya.

Peniaga nasi kerabu, Siti Masitah Mamat, 57, di Sungai Buloh turut meluahkan rasa gusar disebabkan pelanggan di kedainya semakin berkurangan.

Menurutnya, sebelum ini pelanggan sudah beratur sejak 9 pagi, tetapi kini jumlahnya tidak ramai menyebabkan pendapatan semakin berkurangan.

"Berikutan itu, saya berusaha menawarkan makanan lain sebagai inisiatif untuk menambah pendapatan harian.

"Kadang saya buat 'review' untuk mempromosikan nasi kerabu ini supaya lebih ramai orang datang ke kedai kami atau memanjangkan waktu operasi berniaga hingga malam. Sebelum ini, kami beroperasi hingga petang sahaja," katanya.

Sementara itu, peniaga nasi ayam yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, di Titiwangsa berkata jualan hariannya terjejas disebabkan kuantiti nasi yang dijual terpaksa dihadkan daripada 20 kilogram kepada 15 kilogram sehari.

"Bekalan beras sekarang semakin berkurang dan sukar untuk dapat, jadi saya perlu hadkan penggunaan beras yang digunakan supaya saya dapat berniaga setiap hari.

"Kadang kala saya terpaksa tutup kedai awal sebab nasi sudah habis. Risau juga jika tiada bekalan beras langsung, saya sudah tidak boleh cari pendapatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-makanan-terkesan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.094845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list