|
Dr Azman melepaskan anak penyu pada program konservasi penyu di Pusat Santuari Penyu Ma’, di Kemaman. NSTP/Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU: Pendaratan penyu di pantai Terengganu meningkat daripada 7,000 ekor kepada 10,000 ekor tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata sehingga bulan lalu, sebanyak 10,000 sarang penyu ditemui di pantai negeri ini.
Katanya, jumlah pendaratan penyu meningkat berbanding hanya 7,000 sarang penyu yang menghasilkan 600,000 telur penyu pada 2021.
"Daripada jumlah keseluruhan telur penyu ditemui itu, kita menganggarkan lebih 400,000 telur menetas menghasilkan anak penyu dan dilepaskan kembali ke laut.
"Mengikut statistik, setiap 1,000 anak penyu yang dilepaskan, seekor akan hidup sehingga dewasa dan kembali semula mendarat ke pantai lokasi pelepasan," katanya.
Terdahulu, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi melepaskan kira-kira 400,000 anak penyu sempena program konservasi penyu di Pusat Santuari Penyu Ma' di Kemaman.
Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, dianggarkan 400 daripada 400,000 ekor anak penyu yang dilepaskan akan kembali mendarat di lokasi asal pelepasan.
"Walaupun nisbah penyu yang akan mendarat kecil, tetapi kita tetap mengadakan program pelepasan anak penyu secara berterusan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-pantai-terengganu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|