View: 9267|Reply: 0
|
[Pahang]
Pelancong India hilang ketika mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands
[Copy link]
|
|
Pasukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi pencarian mangsa hilang ketika mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands. Foto ihsan Bomba
CAMERON HIGHLANDS: Seorang pendaki warga India dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Cameron Highlands, sejak seminggu lalu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli, berkata Nanda Suresh Nadkarni, 44, dipercayai keluar dari hotel di Tanah Rata untuk mendaki Gunung Jasar, kira-kira jam 9 pagi, 22 September lalu.
Katanya, mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 19 September dan sepatutnya mendaftar keluar 24 September lalu.
"Kehilangan mangsa dilaporkan kepada polis oleh pengurus hotel berkenaan Isnin lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azri berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR ) dan hasil siasatan awal berdasarkan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di sekitar Tanah Rata mendapati mangsa keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti mendaki di Trail 10 Gunung Jasar.
"Ekoran maklumat diterima, polis menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan operasi SAR disertai pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan di talian 05-4915999 atau balai polis berhampiran.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata isyarat terakhir telefon bimbit mangsa dikesan melalui pencawang Habu Height pada jam 1.04 tengah hari, 22 September.
Katanya, operasi turut membabitkan malim gunung dan anjing pengesan, selain pemantauan dron di kawasan air terjun di sekitar kawasan Sungai Ubi.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-cameron-highlands |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|