View: 3667|Reply: 0
|
[Selangor]
Isu beras: SPRM belum terima laporan ketirisan
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Kajang: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu dikesan mengambil rasuah dalam isu pembekalan beras negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung ketirisan dalam pembekalan komoditi itu.
"Saya memberi jaminan sekiranya terdapat pihak yang terbabit dalam unsur-unsur rasuah dalam pembekalan beras, kita akan mengambil tindakan.
"Bagaimanapun belum ada maklumat berhubung salah laku atau rasuah," katanya kepada pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media sempena Ulang Tahun SPRM ke-56 di Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini.
Beliau menjawab persoalan sama ada berlaku kepincangan dalam rantaian bekalan beras negara sehingga menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.
Terdahulu Harian Metro melaporkan ramai dalam kalangan rakyat yang mengeluh apabila sukar mendapatkan bekalan beras tempatan.
Susulan itu Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan bekalan beras putih mencukupi bagi mengisi keperluan rakyat negara ini, di tengah-tengah kegusaran orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan itu.
Bernas memaklumkan pihaknya menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu.
Bagi menjamin bekalan beras tempatan, Bernas menegaskan pihaknya sentiasa komited dan menyokong semua program intervensi yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-laporan-ketirisan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|