View: 3484|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Cheras catat IPU tidak sihat
[Copy link]
|
|
Pemandangan bandar raya Petaling Jaya dilihat kurang jelas ketika tinjauan mengenai keadaan jerebu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hanya satu kawasan di Lembah Klang mencatat kualiti udara tidak sihat melebihi bacaan 100 setakat jam 2 petang tadi.
Berdasarkan maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 128.
Sebelum ini kualiti udara di Lembah Klang mencatat bacaan tidak sihat di tiga kawasan iaitu Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam bermula jam 7 pagi hingga 10 pagi tadi sebelum dua kawasan mencatatkan bacaan sederhana berperingkat.
Bagaimanapun, hanya Cheras kekal merekodkan bacaan tidak sihat setakat ini.
Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
https://www.bharian.com.my/berit ... tat-ipu-tidak-sihat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|