View: 4698|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kawan 'Apek Bihai' masih berkeliaran
[Copy link]
|
|
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Gua Musang : Penangkapan seekor harimau belang jantan di Kampung Hak, Pos Bihai, yang berkeliaran sejak Jun lalu sedikit melegakan penduduk Orang Asli di pos pedalaman itu.
Namun penduduk mendakwa masih ada lagi beberapa ekor haiwan liar itu yang masih berkeliaran dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk.
Penduduk Kampung Tendrik, Pos Bihai, Apek Asud, 39, berkata dia berharap usaha dapat diteruskan untuk menjejaki dan menangkap haiwan liar itu yang masih berkeliaran di perkampungan penduduk Orang Asli suku kaum Temiar itu.
"Memang kami bersyukur dan rasa lega dengan penangkapan haiwan liar terbabit yang menimbulkan ketakutan kepada penduduk sejak Jun sehingga takut untuk keluar bekerja.
"Terima kasih kepada anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang sudi berkampung di Pos Bihai untuk menjejaki harimau belang itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, pada malam penangkapan harimau belang jantan yang di panggil 'Apek Bihai' di Kampung Hak, berlaku kejadian dinding buluh roboh dicakar harimau belang di Kampung Piyel.
Katanya, dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu lima pekerja kontrak menumpang tidur di sebuah rumah kosong berdindingkan buluh.
"Mereka bernasib baik harimau belang itu tidak masuk ke dalam rumah. Jadi kami percaya masih ada harimau belang yang berkeliaran di beberapa kampung di Pos Bihai," katanya.
Semalam media melaporkan, Seekor harimau belang jantan yang sebelum ini dilapor berkeliaran di perkampungan Orang Asli di Pos Bihai ditangkap Perhilitan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-masih-berkeliaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|