View: 4641|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Operasi khas motosikal: JPJ Negeri Sembilan keluarkan 8,123 notis saman
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Seremban: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 8,123 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula 1 September lalu, melibatkan pemeriksaan ke atas 28,586 kenderaan.
Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan memandu di bawah umur 16 tahun selain 827 motosikal telah disita.
"Kesalahan memandu di bawah umur 16 tahun sebanyak 40 kes. Ibu bapa dinasihatkan mengambil perhatian berhubung perkara ini berikutan mereka belum layak menunggang motosikal di atas jalan raya kerana boleh membahayakan diri sendiri dan juga pengguna lain.
"Turut disita adalah 126 motosikal ditunggang warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah.
"Selain itu, penunggang yang berusia antara 17 hingga 35 tahun (5,013) adalah paling banyak melakukan kesalahan," menurut kenyataan itu.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya memastikan dokumen penting seperti lesen memandu dan LKM masih berkuat kuasa sebelum memulakan perjalanan, selain aspek teknikal kenderaan dalam keadaan baik serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Kenyataan itu menyebut bahawa JPJ Negeri Sembilan sentiasa memandang serius kesalahan yang melibatkan penunggang motosikal dan akan melaksanakan advokasi berterusan bagi memberi kesedaran berkaitan keselamatan ketika di jalan raya.
"Tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan sebagai pengajaran supaya mereka tidak melakukan kesalahan secara berterusan," menurut kenyataan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-8123-notis-saman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|