View: 5145|Reply: 0
|
[Terengganu]
Dewan Undangan Negeri Terengganu bersidang tanpa pembangkang
[Copy link]
|
|
SULTAN Mizan Zainal Abidin berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman. FOTO BERNAMA
Kuala Terengganu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu kali ke-15 yang bermula di sini, hari ini, mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang.
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang menyapu bersih semua kerusi Dun pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lalu.
Tirai sesi persidangan Dun Terengganu berlangsung dengan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dun ke-15 yang menyaksikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan istiadat itu.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Speaker Dun Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker Khazan Che Mat.
Pada PRN Terengganu yang berlangsung 12 Ogos lalu, gabungan Pas dan Bersatu buat julung kalinya memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan.
Ia sekali gus menyaksikan tiada wakil pembangkang dalam Dun bagi penggal kali ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-tanpa-pembangkang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|