View: 4129|Reply: 1
|
[Johor]
Kertas siasatan insiden Desaru International Bike Week diserah kepada TPR
[Copy link]
|
|
Kamarul Zaman Mamat (tiga dari kanan) beramah-mesra bersama beberapa penduduk yang menerima sijil penghargaan di Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. FOTO Mary Victoria Dass
Johor Bahru: Polis Johor akan menyerahkan kertas siasatan berkaitan rusuhan antara kumpulan peserta tempatan dan antarabangsa di program Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Pantai Awam Desaru, Kota Tinggi, kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan lanjut.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini, pihak polis membuat tangkapan terhadap beberapa individu terbabit dan kesemuanya sudah memberi keterangan.
Beliau berkata, polis akan mengemaskinikan kertas siasatan dan akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan sewajarnya dalam masa terdekat.
"Kita tidak tutup siasatan kes, sekiranya ada bukti mereka membuat salah, mereka akan didakwa ke mahkamah, bagaimanapun ia atas pertimbangan timbalan pendakwa raya.
"Buat masa ini tiada tangkapan tambahan, namun ia bergantung kepada hasil siasatan dan sekiranya perlu, kita akan melakukan tangkapan," katanya di sidang media di Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Polis sebelum ini merakam kenyataan penganjur program DIBW berikutan rusuhan antara kumpulan peserta tempatan dan antarabangsa pada 23 September lalu.
Empat individu berusia antara 20-an hingga 50-an yang dipercayai terbabit dengan rusuhan yang dilaporkan itu juga ditahan polis.
Hasil siasatan awal mendapati punca kekecohan itu adalah akibat salah faham antara dua kumpulan peserta acara berkenaan dipercayai tempatan dan antarabangsa, hingga beberapa individu dilaporkan cedera termasuk dua yang ditahan polis.
Terdahulu, beberapa video tular di media sosial, antaranya salah satu video berdurasi empat minit 25 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah petang membabitkan pergaduhan mulut.
Menerusi satu lagi video berdurasi seminit 16 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah malam, keadaan seperti tidak dapat dikawal sehingga berlaku insiden membaling objek termasuk kerusi antara peserta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -diserah-kepada-tpr |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pakai motobike semua hebat2 belaka, tapi perangai memasing kelautttt |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|