CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5403|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk Pos Bihai lega harimau ditangkap

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan lega apabila seekor harimau belang yang berkeliaran di kawasan kampung berjaya ditangkap. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH



GUA MUSANG: Hampir 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Bihai di sini menarik nafas lega apabila seekor harimau belang yang bebas berkeliaran di kawasan kampung mereka sejak lebih tiga bulan lalu berjaya ditangkap.

Penghulunya, Alang Segan berkata, bagaimanapun penduduk masih berjaga-jaga kerana bimbang masih banyak lagi haiwan berkenaan berkeliaran di kawasan hutan berhampiran.

Menurutnya, penduduk berharap usaha dapat diteruskan untuk menjejak dan menangkap haiwan liar itu yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan hutan berhampiran perkampungan penduduk Orang Asli suku kaum Temiar itu.

“Kami bersyukur dan lega dengan penangkapan haiwan liar terbabit yang menimbulkan ketakutan kepada penduduk sejak Jun lalu sehingga kami takut untuk keluar ke kebun.

“Terima kasih kepada anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang berkampung di Pos Bihai untuk menjejaki harimau belang yang berkeliaran itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Apek Asud, 39, berkata, pada malam sebelum harimau belang jantan di Kampung Hak itu masuk jerat telah berlaku kejadian dinding buluh roboh akibat dicakar harimau belang di Kampung Piyel.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, lima pekerja kontrak sedang menumpang tidur di sebuah rumah kosong yang berdindingkan buluh.

“Mereka bernasib baik harimau belang itu tidak masuk ke dalam rumah.

“Jadi kami percaya masih ada saki-baki harimau belang yang berkeliaran di beberapa kampung di Pos Bihai ini,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau mengambil maklum dengan kegusaran penduduk yang begitu bimbang dengan situasi ancaman harimau di perkampungan yang mereka diami.

Katanya, bukan sahaja aktiviti ekonomi dan sosial mereka terjejas, malah anak mereka juga berdepan dengan keciciran pendidikan apabila tidak ke sekolah.

“Sebelum ini saya telah diberi taklimat termasuk Pengarah Perhilitan Kelantan yang mengatakan Pos Bihai ini merupakan kawasan populasi harimau belang.

“Kita melihat harimau telah keluar dari habitat asal yang kemungkinan besar, saya tak nafikan kerana ancaman habitat mereka. Kemungkinan pembukaan kawasan ladang yang tidak terkawal dan saya harap perkara ini perlu dikaji oleh kerajaan negeri,” katanya.

Sebelum ini, seekor harimau belang jantan menjadi ancaman kerana berkeliaran dan membaham anjing peliharaan di sekitar kampung Orang Asli di Pos Bihai di sini akhirnya berjaya ditangkap kelmarin.

Harimau belang yang digelar Apek Bihai yang dianggarkan berusia dua tahun itu ditangkap Perhilitan Kelantan dalam keadaan sihat di Kampung Hak, Pos Bihai.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -harimau-ditangkap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.045987 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list