View: 3750|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Bantuan asasi MAIWP naik ke RM300 tahun depan
[Copy link]
|
|
MOHD Na’im Mokhtar. FOTO arkib NSTP
Kuala Lumpur: Bantuan Keperluan Asasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 bermula tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, penambahan bantuan itu bagi meringankan beban golongan sasar selaras dengan keadaan semasa termasuk peningkatan harga barangan.
Katanya, kerajaan memahami kesulitan dialami golongan penerima yang turut terkesan dengan situasi semasa.
"Insya-Allah berita baik, Februari tahun depan, bantuan keperluan asasi MAIWP akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM300.
"Ia membabitkan RM108 juta setahun dengan kenaikan peruntukan sekali ganda berbanding tahun sebelumnya," katanya selepas Program Santun Kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Perumahan Awam Sri Kota, Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.
Pada perkembangan lain Mohd Na'im berkata, 21,898 asnaf di Kuala Lumpur menerima bantuan keperluan asasi RM150 sebulan yang dikreditkan melalui e-wallet sejak dilancarkan Januari tahun lalu.
"Program berkenaan menbantu asnaf mendapatkan bahan mentah dengan pasar raya terpilih dan pembelian di lori bergerak Mygrocer yang turun ke kawasan perumahan berlainan setiap hari.
"Bagi memudahkan penerima bantuan orang kurang upaya, kita menubuhkan pasukan Brigedyang terdiri daripada anak asnaf menghantar barangan keperluan itu ke rumah mereka.
"Sebagai permulaan, kita ada seramai 30 orang anak muda asnaf yang menjana pendapatan sebagai penghantar barangan keperluan ini kepada golongan penerima OKU," katanya.
Katanya, program itu selari dengan matlamat Sifar Kelaparan MAIWP bagi membantu meringankan beban asnaf membeli barangan keperluan harian sekali gus meningkatkan kuasa membeli golongan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... e-rm300-tahun-depan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|