|
Tinjauan gula.
Kota Bharu: Masalah gula bersubsidi peket satu kilogram (kg) di Kelantan masih belum pulih apabila bekalan itu masih kurang di pasaran.
Tinjauan di beberapa kedai runcit di sekitar Jalan Wakaf Che Yeh di sini, mendapati sudah kehabisan bekalan gula sejak lebih dua minggu lalu.
Peniaga, Hidayatullah Nihmatullah, 29, berkata, gula di kedainya habis lebih dua minggu lalu dan bekalan masih tidak sampai walaupun dia sudah membuat pesanan kepada pemborong.
Menurutnya, untuk mendapatkan gula subsidi, dia perlu membeli gula premium, namun bekalan itu juga kurang.
"Masalah kekurangan gula berlaku sejak beberapa bulan lalu, namun ia masih belum pulih.
"Saya tidak tahu punca bekalan kurang kerana tidak dimaklumkan sebabnya, namun saya berharap masalah ini dapat diselesaikan kerana ramai pelanggan yang kecewa kerana sukar untuk mendapatkan gula," katanya ketika ditemui di kedainya di sini, hari ini.
Seorang lagi peniaga, Sharifah Nurul Natasha Syed Ab Kadir, 22, berkata, ramai pelanggan merungut kerana tidak mendapat bekalan gula subsidi, namun sebagai peniaga dia tidak dapat berbuat apa-apa.
"Selain gula, bekalan beras putih tempatan juga sukar untuk diperoleh, namun ramai pelanggan cari untuk membeli beras tempatan kerana harganya yang murah berbanding beras import.
"Saya harap pihak berkaitan mengambil maklum masalah ini kerana ia menyukarkan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan," katanya.
Suri rumah, Hayati Hassan, 54, pula berharap bekalan gula pulih dalam masa terdekat kerana amat sukar untuk mendapatkan bekalan pada masa ini.
"Saya terpaksa pergi ke beberapa kedai untuk mendapatkan bekalan kerana saya difahamkan bekalan gula habis sejak beberapa hari lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-gula-masih-kurang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|