View: 789|Reply: 0
|
[Johor]
Pegawai JPJ maut kemalangan babit tiga kenderaan
[Copy link]
|
|
SEORANG pegawai JPJ maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 13 Jalan Kota Tinggi Mersing malam semalam.
MERSING – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 13, Jalan Kota Tinggi Mersing malam semalam.
Mangsa, Mohd Sufyan Fahmi Abdul Rashid, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan akibat cedera parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan itu pada pukul 11.00 malam melibatkan tiga buah kenderaan iaitu lori jenis Volvo, Perodua Myvi dan Nissan Teana.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori jenis Volvo yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun dari arah Mersing telah hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan.
“Akibat kejadian itu lori tersebut telah melanggar Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 44 tahun yang bergerak lurus dan pada masa yang sama pemandu lori turut melanggar sebuah Nissan Teana yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan.
“Kemalangan berkenaan telah menyebabkan pemandu Perodua Myvi disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah dibahagian kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, pemandu lori pula mengalami kecederaan dibahagian tangan dan masih menerima rawatan di Hospital Mersing.
Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambahnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing mengingatkan agar semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya yang dikuatkuasakan serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Dalam pada itu seramai lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing bersama jentera dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II KUP Mohamad Ismail berkata akibat kemalangan itu pemandu Perodua Myvi telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas ‘rescue tool’ dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“PKO juga melaksanakan kerja-kerja penyejukkan pada enjin lori membawa muatan minyak sawit itu yang mengeluarkan asap menggunakan satu aliran salur bantu mula supaya tiada risiko nyalaan api,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... bit-tiga-kenderaan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|