View: 1949|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pemuda sambung legasi beca arwah datuk
[Copy link]
|
|
Mohd Firdaus Mohd Zaidi mengayuh beca untuk meneruskan legasi arwah datuknya. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Kota Bharu: Kebanyakan pengayuh beca di negeri ini berusia lebih separuh abad, namun Mohd Firdaus Mohd Zaidi, 36, tidak malu mencari rezeki sebagai pengayuh beca di sekitar Kota Bharu.
Lebih menarik, bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu menggunakan beca peninggalan arwah datuknya, Ibrahim Umat yang berusia lebih 30 tahun.
Mohd Firdaus berkata, dia tidak berasa janggal bekerja sebagai pengayuh beca kerana ia adalah sumber rezeki selain masih menjadi pilihan pelancong yang datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
"Pada masa sama, kebanyakan pelancong yang datang ke Kelantan teruja menaiki beca untuk mengelilingi bandar Kota Baharu.
"Justeru, bagi generasi muda tidak perlu malu untuk mengayuh beca disebabkan perkhidmatan ini masih mendapat sambutan selain dilihat unik oleh pelancong," katanya di rumahnya di Sungai Budor.
Anak sulung daripada tujuh beradik ini berkata, kebanyakan pengayuh beca di Kelantan menggunakan kudrat warga emas yang hanya menunggu pelanggan di sekitar Pasar Besar Siti Khadijah, di sini.
"Sebagai golongan muda, saya sedia menjadi pelapis walaupun tidak sepenuh masa bagi meneruskan legasi kebanyakan warga emas di negeri ini khususnya yang mencari rezeki sebagai pengayuh beca.
"Setiap tiga kali seminggu, saya akan mengayuh beca sejauh tiga kilometer dari rumah ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk mencari pelanggan.
"Bagaimanapun, ada juga pemilik kedai makan yang menggunakan khidmat saya untuk mengangkut barang yang dibeli dari pasar untuk dihantar ke kedai di sekitar Kota Bharu dengan kadar upah RM20," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... si-beca-arwah-datuk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|