CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1853|Reply: 0

[Kelantan] Pemuda Orang Asli maut dibaham harimau

[Copy link]
Post time 5-10-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode

LOKASI kejadian harimau membaham seorang lelaki orang Asli di Pos Pasik (kiri). GAMBAR kanan menunjukkan kesan tapak kaki haiwan itu. FOTO Ihsan Penduduk

Gua Musang: Pemuda Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Sugi, Pos Pasik maut dipercayai dibaham harimau ketika keluar menyumpit, Selasa lalu.

Mayat Pisie Amud, 25, ditemukan penduduk kampung semalam dengan cakaran haiwan liar itu di kepala dan badan selain sebelah kaki kirinya sudah hilang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Mohd Sani Nahtiman berkata, dia dimaklumkan seorang pemuda dari kampung terbabit tidak pulang selepas keluar menyumpit pada Selasa lalu.

Katanya, dua orang kampung keluar mencari di atas bukit Kampung Perwer yang bersempadan dengan ladang sawit dan menemukan motosikal mangsa serta peralatan menyumpit selain kesan tapak kaki harimau.

"Mereka pulang dan memaklumkan penemuan terbabit. Kira-kira 6 petang, saya bersama 10 orang penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian.

"Bermula dari kesan tapak harimau terbabit saya bersama tiga penduduk menjejaki sejauh 500 meter dan bertemu mayat mangsa.

"Mayat mangsa ditemukan dengan kesan cakaran pada bahagian kepada, badan dan sebelah kaki kirinya sudah hilang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata, bermula 9 malam semalam, mereka mula berkawal di tempat penemuan mayat terbabit.

"Seramai 20 orang penduduk bergilir-gilir menjaga mayat mangsa sehingga pihak berwajib datang untuk mengambilnya. Kira-kira 4 pagi tadi harimau belang itu datang kembali mungkin untuk 'mengambil' mayat mangsa.

"Orang Asli yang berkumpul membuat bising dan memasang mercun untuk menghalau harimau terbabit, walaupun ia dapat menjarakkan haiwan liar itu, namun masih kelihatan ia berkeliaran di kawasan terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima makluman kejadian yang berlaku di Pos Pasik itu.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... aut-dibaham-harimau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 1.716586 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list